Tentang Kami
DigiTrust Lab bukanlah sekadar tempat anda datang untuk belajar definisi AI semata-mata atau membaca artikel yang copy-paste dari Wikipedia.
Kami menulis berdasarkan pengalaman sendiri. Zed, founder blog ini, bekerja sebagai software/web developer di sebuah syarikat IT — setiap hari di hadapan kod, membina sistem, membaiki benda yang tidak sepatutnya rosak. Tetapi selepas waktu kerja, dia meneroka benda lain: bagaimana AI boleh membantu orang biasa mencapai lebih banyak perkara dengan masa yang ada.
Dia mula serius meneroka AI tools sejak 2022. Bukan kerana terpaksa, tetapi kerana genuinely ingin tahu: jika developer pun rasa AI ini menarik, bagaimana pula untuk orang yang tidak mempunyai background technical langsung?
Maka itulah asas DigiTrust Lab.
Semua yang kami tulis di sini datang dari cuba-cuba sendiri, melakukan kesilapan (banyak kali), dan akhirnya menemui apa yang betul-betul berkesan. Bukan teori atau menyalin sepenuhnya semata-mata.
Jadi jika anda ingin mengetahui AI tools mana yang berbaloi, ingin belajar prompt engineering, atau ingin guna Canva dan AI untuk menghasilkan content yang nampak profesional tanpa perlu membayar designer mahal — anda berada di tempat yang betul.
Mulakan perjalanan anda di sini →
Nota bahasa: Blog ini ditulis dalam Bahasa Melayu semi-formal. Untuk terma teknologi yang terjemahan BM-nya janggal (seperti copy-paste, drag & drop, brainstorm, feedback), kami kekal menggunakan English kerana ia lebih natural untuk pembaca. Terma English dalam ayat BM akan ditulis dalam cetak miring (italic) untuk memudahkan pembacaan.
